Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.
Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.
Aq ingin memulakan penulisanku dgn ucapan Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan kepadaku terutama nikmat iman dan Islam...
Segala puji bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi, laki2 dan permpuan, siang dan malam, syurga dan neraka supaya kita bertaqwa kepadanya...
Alhamdulillah beberapa minggu yg lepas aq/sy ade terlibat dlm satu majlis ilmu yg penting untuk kos plajaranku ni iaitu program ceramah sertu... ini antara pengisian yg sempat akak seniorku salin... bgos btol dy tu...
BENGKEL SERTU
Ustaz Abd Aziz Yahya Annajmi
-Bersuci amat penting dan bersih tidak semestinya suci. Bersuci akan
terlaksana bila mana mengikut ketetapan syarak.
NAJIS-NAJIS
-Semua haiwan suci kecuali anjing, babi & keturunannya.
- Bangkai semua haiwan = najis KECUALI (ikut mazhab Syafie & Hanafi)
·
Manusia
·
Ikan
·
Belalang
·
Ulat daripada buah-buahan/ makanan ( jika
masih dalam makanan/ buah = boleh dimakan)
·
Bangkai yang tiada darah mengalir (cth:
semut)
Juzuk Haiwan
Juzuk= Bahagian2 anggota haiwan (cth: bulu, peluh, air liur &
anggota yg terpotong)
v
Juzuk daripada binatang yg dikerat/terasing
semasa hidup
·
Haiwan yang suci dan halal dimakan
Dikira suci
dan sah solat walaupun terdapat pada pakaian solat.
Cth: bulu
ayam pada pakaian solat.
·
Haiwan yang suci semasa hidup tapi haram
dimakan
Dikira sbg
NAJIS dan boleh membatalkan solat jika terdapat pada pakaian solat.
Cth: bulu
kucing pada pakaian.
·
Haiwan yang dikategorikan sbg najis &
haram dimakan
(Anjing
& babi)
Memang
dianggap sebagai najis semata.
v
Juzuk yang berbentuk cecair (air mata,
hingus, peluh, air liur dll)
Ø Haiwan yang suci ( sama ada boleh makan @ tidak)
Dikira SUCI dan tidak membatalkan solat.
Cth: Air liur kucing pada pakaian solat
tidak membatalkan solat.
·
KECUALI daripada anjing dan babi
·
KECUALI air mazi utk semua haiwan ( cecair
yang keluar semasa syawat )
·
KECUALI air wadi ( cecair putih keruh yang
keluar kerana kerja berat)
Dianggap sebagai najis.
Ø Cecair yang bercampur ( nanah, tahi, & darah)
Dikira NAJIS ( walaupun daripada binatang
yang halal dimakan)
KATEGORI NAJIS
v Najis Hukmiyyah
Najis yg x bau, x rasa, x warna.
Cth: air kencing budak yang sdh kering tiada unsur najis (bau, warna, bentuk)perlu
dibasuh untuk kegunaan solat.
v Najis Ai’liyyah
Najis yang ada semua sifat (warna, bau, rasa dll)
NAJIS YANG DIMAAFKAN
1. Najis pada tanah/ jalan raya tempat laluan orang ramai yg susah untuk dibersihkan.
2. Najis pada “Khuf” (sejenis stokin
Arab yg tebal dipakai pada musim sejuk dan susah untuk ditanggalkan)
3. Beristinja dengan batu.
4. Darah kutu anjing. ( bukan kutu pada anjing)
5. DARAH pada ( jerawat, kudis, bisul) yang susah diberhentikan dalam
jumlah yang sedikit boleh dibawa semasa solat.
KAHFIYAT MEMBERSIHKAN NAJIS MUGHOLAZZAH
v Tanah yang digunakan
(MESTI CUKUP 3 SYARAT)
1. Suci ( tiada najis padanya)
2. Berdebu (bukan yang berpasir @ berbatu)
3. Bukan tanah yang dihormati ( tanah pada kawasan masjid)
#### tiada ketetapan pada jumlah tanah yang digunakan, sekadar boleh
mengeruhkan air .
v Air Tanah
3 cara dikira sebagai air tanah ( boleh pilih yang
mana satu)
1. Mencampurkan air dengan tanah
2. Menyapu bahagian yang perlu disertu terlebih dahulu dengan tanah sahaja dan kemudian mengalirkan
air.
3. Mengalirkan bahagian yang perlu disertu dengan air dan kemudiannya
menyapu tanah sahaja pada bahagian tersebut.
####Jika menggunakan sungai..perlu juga ada tindakan 7 kali basuhan pada
bahagian anggota.
SOALAN-SOALAN
1. Hukum barang-barang yang disentuh semasa praktikal di ladang khinzir cth
kamera, handphone dll.
Tidak perlu disertu. Kerana tidak dibawa
semasa solat. Tidak dikira sertu bila
mengelap barang tersebut dengan 7 kali basuhan.. sertu mesti ada unsur
mengalirkan air bukan menyapu. Barang
tersebut dikira sebagai najis hukmiyyah, najis yang tidak nampak. Jika memegang
semula barang tersebut dan ingin solat perlu sertu semula anggota badan.
2. Jika tinggal bersama non-muslim dan yakin mereka menggunakan sinki untuk
membasuh daging khinzir @ anjing, bagaimana?
Jika kita menggunakan sinki yang SAMA perlu
sertu.
3. Praktikal di lading khinzir dan menerima elaun/gaji, boleh @ tidak?
Boleh menerima jika bayaran yg diberi
kerana usaha kita untuk belajar di tempat tersebut MELAINKAN kita sengaja
mengambil upah atas pekerjaan yang kita buat di ladang tersebut.
4. Bagaimana penggunaan sabun Tahorah?
Sabun tahorah yang hilang sifat tanah
(warna, bau dll ) sepatutnya tidak boleh digunakan kerana sudah dikira sebagai
sabun, bukan tanah.
Namun boleh diguna jika sabun tersebut
mengandungi amaun tanah yang banyak cth 90% adalah tanah dan sebahagiannya adalah
komponen lain.
####Berkaitan sabun tahorah, ustaz lebih
mengesyorkan menggunakan tanah kerana sabun yang terdapat sekarang telah hilang
dari sudut sifat tanah itu sendiri.
Contoh: tiada bau tanah.
5. Praktikal di ladang khinzir, kenderaan yang digunakan perlu disertu?
Perlu sertu untuk tempat yang diyakini
terdapat najis tersebut.
6. Hukum barangan kulit daripada luar negara yang dibuat oleh non-muslim.
Boleh diguna kerana telah disamak.
Konsep samak bermaksud: membuang semua
najis @ benda2 yang boleh membusukkan kulit yang hendak digunakan yang
terdapat pada kuli haiwan KECUALI anjing
dan babi sama ada dengan menggunakan bahan kimia, mesin, orang (muslim @ non)
atau dengan alam semula jadi.
7. Bolehkan membela anjing cth di ladang tanaman dan bolehkah memakan
tanaman/ haiwan yang telah digigit anjing tersebut?
Boleh membela anjing untuk tujuan
keselamatan dengan SYARAT anjing
tersebut MESTI telah dilatih. Anjing
tersebut boleh dianggap sebagai senjata dan makanan yang digigit oleh anjing
tersebut boleh dimakan setelah disamak.
8. Hukum kencing babi yang masuk dalam mata, perlu sertu @ tidak?
Wajib sertu dibahagian luar mata sahaja.
9. Apakah hukum termakan keropok perisa babi?
Hukum sama seperti makan babi.
10. Bolehkah pakaian yang digunakan di ladang khinzir dibiarkan untuk
digunakan keesokan hari?
Boleh dengan syarat baju tersebut bukan
digunakan untuk solat.
11. Dalam 7 kali basuhan, basuhan menggunakan air tanah adalah basuhan yang
keberapa?
Tidak kisah, basuhan menggunakan air tanah adalah yang terakhir,
tengah2 dll. Basuhan PERTAMA akan dikira sebagai basuhan…. dengan syarat hilang
semua najis pada bahagian anggota.
Namun, jika permulaan menggunakan air tanah
untuk menghilangkan najis tidak dikira sebagai air tanah. Perlu membasuh dengan
air tanah nanti.
12. Basuhan 7 kali ni ada jangka masa untuk setiap basuhan @ macam mana?
Tiada jangka masa. Contoh tiada tanah pada
masa itu, jadi kita hanya buat basuhan 6 kali dengan air mutlak dan akan buat
basuhan menggunakan air tanah bila balik rumah nanti dikira sah.
13. Bolehkan menggunakan tanah yang dibeli dan digunakan untuk menanam pokok
bunga?
Boleh, tiada masalah.
Assalaamualaikum wr. Wb
BalasPadamSekarang saya berada di luar negri dan saya bekerja si sebuah syarikat perkapalan di singapore. Ada beberapa menu yang isiannya memakai daging babi. Pertanyaan saya:
1. Haramkah pekerjaan saya karena saya harus mengisi isian daging babi tersebut? Tapi tentu saja saya tidak memakannya.
2. Adakah perlakuan khusus ketika saya sudah memegang daging babi tersebut misalnya seandainya saya ingin solat mcm mana sbb tiada tahan liat utk saya bersertu atau samak
Saya mmerlukan jawapan..sudah banyak article yg saya baca..
Cuma saya perlukab kepastian dari org yg berilmu..
Mohon jawabannya, terimakasih.
Wassalam