Sabtu, 17 Ogos 2013

Sertu... bkn samak!

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.

Aq ingin memulakan penulisanku dgn ucapan Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan kepadaku terutama nikmat iman dan Islam...
Segala puji bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi, laki2 dan permpuan, siang dan malam, syurga dan neraka supaya kita bertaqwa kepadanya...

Alhamdulillah beberapa minggu yg lepas aq/sy ade terlibat dlm satu majlis ilmu yg penting untuk kos plajaranku ni iaitu program ceramah sertu... ini antara pengisian yg sempat akak seniorku salin... bgos btol dy tu...

BENGKEL SERTU
Ustaz Abd Aziz Yahya Annajmi

-Bersuci amat penting dan bersih tidak semestinya suci. Bersuci akan terlaksana bila mana mengikut ketetapan syarak.
NAJIS-NAJIS
-Semua haiwan suci kecuali anjing, babi & keturunannya.
- Bangkai semua haiwan = najis KECUALI (ikut mazhab Syafie & Hanafi)
·         Manusia
·         Ikan
·         Belalang
·         Ulat daripada buah-buahan/ makanan ( jika masih dalam makanan/ buah = boleh dimakan)
·         Bangkai yang tiada darah mengalir (cth: semut)
Juzuk Haiwan
Juzuk= Bahagian2 anggota haiwan (cth: bulu, peluh, air liur & anggota yg terpotong)
v  Juzuk daripada binatang yg dikerat/terasing semasa hidup

·         Haiwan yang suci dan halal dimakan
Dikira suci dan sah solat walaupun terdapat pada pakaian solat.
Cth: bulu ayam pada pakaian solat.


·         Haiwan yang suci semasa hidup tapi haram dimakan
Dikira sbg NAJIS dan boleh membatalkan solat jika terdapat pada pakaian solat.
Cth: bulu kucing pada pakaian.

·         Haiwan yang dikategorikan sbg najis & haram dimakan
(Anjing & babi)
Memang dianggap sebagai najis semata.





v  Juzuk yang berbentuk cecair (air mata, hingus, peluh, air liur dll)

Ø  Haiwan yang suci ( sama ada boleh makan @ tidak)
Dikira SUCI dan tidak membatalkan solat.
Cth: Air liur kucing pada pakaian solat tidak membatalkan solat.

·         KECUALI daripada anjing dan babi

·         KECUALI air mazi utk semua haiwan ( cecair yang keluar semasa syawat )

·         KECUALI air wadi ( cecair putih keruh yang keluar kerana kerja berat)

Dianggap sebagai najis.
           
Ø  Cecair yang bercampur ( nanah, tahi, & darah)
            Dikira NAJIS ( walaupun daripada binatang yang halal dimakan)

KATEGORI NAJIS
v  Najis Hukmiyyah

Najis yg x bau, x rasa, x warna.
Cth: air kencing budak yang sdh kering  tiada unsur najis (bau, warna, bentuk)perlu dibasuh untuk kegunaan solat.

v  Najis Ai’liyyah

Najis yang ada semua sifat (warna, bau, rasa dll)

NAJIS YANG DIMAAFKAN
1.      Najis pada tanah/ jalan raya tempat laluan orang ramai  yg susah untuk dibersihkan.
2.      Najis pada  “Khuf” (sejenis stokin Arab yg tebal dipakai pada musim sejuk dan susah untuk ditanggalkan)
3.      Beristinja dengan batu.
4.      Darah kutu anjing. ( bukan kutu pada anjing)
5.      DARAH pada ( jerawat, kudis, bisul) yang susah diberhentikan dalam jumlah yang sedikit boleh dibawa semasa solat.
KAHFIYAT MEMBERSIHKAN NAJIS MUGHOLAZZAH
v  Tanah yang digunakan
(MESTI CUKUP 3 SYARAT)
1.      Suci ( tiada najis padanya)
2.      Berdebu (bukan yang berpasir @ berbatu)
3.      Bukan tanah yang dihormati ( tanah pada kawasan masjid)
#### tiada ketetapan pada jumlah tanah yang digunakan, sekadar boleh mengeruhkan air .

v  Air Tanah
3 cara dikira sebagai air tanah ( boleh pilih yang mana satu)
1.      Mencampurkan air dengan tanah
2.      Menyapu bahagian yang perlu disertu terlebih dahulu  dengan tanah sahaja dan kemudian mengalirkan air.
3.      Mengalirkan bahagian yang perlu disertu dengan air dan kemudiannya menyapu tanah sahaja pada bahagian tersebut.
####Jika menggunakan sungai..perlu juga ada tindakan 7 kali basuhan pada bahagian anggota.














SOALAN-SOALAN
1.      Hukum barang-barang yang disentuh semasa praktikal di ladang khinzir cth kamera, handphone dll.

Tidak perlu disertu. Kerana tidak dibawa semasa solat.  Tidak dikira sertu bila mengelap barang tersebut dengan 7 kali basuhan.. sertu mesti ada unsur mengalirkan air bukan menyapu.  Barang tersebut dikira sebagai najis hukmiyyah, najis yang tidak nampak. Jika memegang semula barang tersebut dan ingin solat perlu sertu semula anggota badan.

2.      Jika tinggal bersama non-muslim dan yakin mereka menggunakan sinki untuk membasuh daging khinzir @ anjing, bagaimana?
Jika kita menggunakan sinki yang SAMA perlu sertu.
3.      Praktikal di lading khinzir dan menerima elaun/gaji, boleh @ tidak?

Boleh menerima jika bayaran yg diberi kerana usaha kita untuk belajar di tempat tersebut MELAINKAN kita sengaja mengambil upah atas pekerjaan yang kita buat di ladang tersebut.

4.      Bagaimana penggunaan sabun Tahorah?

Sabun tahorah yang hilang sifat tanah (warna, bau dll ) sepatutnya tidak boleh digunakan kerana sudah dikira sebagai sabun, bukan tanah.

Namun boleh diguna jika sabun tersebut mengandungi amaun tanah yang banyak cth 90% adalah tanah dan sebahagiannya adalah komponen lain.

####Berkaitan sabun tahorah, ustaz lebih mengesyorkan menggunakan tanah kerana sabun yang terdapat sekarang telah hilang dari sudut sifat tanah itu sendiri.
 Contoh: tiada bau tanah.

5.      Praktikal di ladang khinzir, kenderaan yang digunakan perlu disertu?

Perlu sertu untuk tempat yang diyakini terdapat najis tersebut.

6.      Hukum barangan kulit daripada luar negara yang dibuat oleh non-muslim.

Boleh diguna kerana telah disamak.
Konsep samak bermaksud: membuang semua najis @ benda2 yang boleh membusukkan kulit yang hendak digunakan yang terdapat  pada kuli haiwan KECUALI anjing dan babi sama ada dengan menggunakan bahan kimia, mesin, orang (muslim @ non) atau dengan alam semula jadi.
7.      Bolehkan membela anjing cth di ladang tanaman dan bolehkah memakan tanaman/ haiwan yang telah digigit anjing tersebut?

Boleh membela anjing untuk tujuan keselamatan dengan      SYARAT anjing tersebut  MESTI telah dilatih. Anjing tersebut boleh dianggap sebagai senjata dan makanan yang digigit oleh anjing tersebut boleh dimakan setelah disamak.

8.      Hukum kencing babi yang masuk dalam mata, perlu sertu @ tidak?
Wajib sertu dibahagian luar mata sahaja.

9.      Apakah hukum termakan keropok perisa babi?
Hukum sama seperti makan babi.

10.  Bolehkah pakaian yang digunakan di ladang khinzir dibiarkan untuk digunakan keesokan hari?
Boleh dengan syarat baju tersebut bukan digunakan untuk solat.

11.  Dalam 7 kali basuhan, basuhan menggunakan air tanah adalah basuhan yang keberapa?
Tidak kisah, basuhan  menggunakan air tanah adalah yang terakhir, tengah2 dll. Basuhan PERTAMA akan dikira sebagai basuhan…. dengan syarat hilang semua najis pada bahagian anggota.
Namun, jika permulaan menggunakan air tanah untuk menghilangkan najis tidak dikira sebagai air tanah. Perlu membasuh dengan air tanah nanti.
12.  Basuhan 7 kali ni ada jangka masa untuk setiap basuhan @ macam mana?
Tiada jangka masa. Contoh tiada tanah pada masa itu, jadi kita hanya buat basuhan 6 kali dengan air mutlak dan akan buat basuhan menggunakan air tanah bila balik rumah nanti dikira sah.

13.  Bolehkan menggunakan tanah yang dibeli dan digunakan untuk menanam pokok bunga?
Boleh, tiada masalah.








Jumaat, 2 Ogos 2013

Permulaan Blog.... 'Tujuan Hidup'

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.


Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.

Aq ingin memulakan penulisanku dgn ucapan Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan kepadaku terutama nikmat iman dan Islam...
Segala puji bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi, laki2 dan permpuan, siang dan malam, syurga dan neraka supaya kita bertaqwa kepadanya...

Aq bukanlah seorang pelajar tahfiz, atau mengaji pondok atau pusat2 pengajian Islam yg lain... Tiada SEJARAH yg mengatakan aq mempelajari agama dgn mendalam... Namun ini adalah agamaku dimana aq hidup dengannya, aq beramal dgnnya.. So, hal2 berkaitan agama yg aq xtau jgn tnye ek... tanyalah ustaz yg lebih tahu ek..

Sebenarnya aq xtau nk tulis ape just nk startkan blog ni ha... tp bleh gak aq story pasal nama blog aq "Kehidupan Abadi'... bkn abby abadi ek... <(^.^)> 
Destinasi terakhir idaman setiap manusia mestilah Syurga... xde sape yg nk gi Neraka.. tp cmne nk masuk syurga? sng x? persoalan tu sering terngiang-ngiang kt kepala otak aq...
Tp sebenarnye senang je nk masuk syurga ni eh... Tetapkan disiplin untuk mengikut setiap yg diajarkan oleh Islam.. klo Islam suruh tutup aurat, tutup je la... Islam suruh solat 5 waktu, buatlah..
Jgnlah asyik nk membantah je... Klo nk bantah sgt  xdpt la Syurga ooiii... 
Namun iman kita selalu goyah kn? kadang2 alim.. kadang2 zalim.. namun memang telah dinyatakan bahawa iman ini ada pasang surutnye.. sbb ape? sbb manusia ni PELUPA.. bkn melayu je mudah lupa.. semua bangsa pon sama asalkan dia manusia... 
Biasalah hidup zaman moden ni muzik nk rock je.. assignent belambak.. otak penat n tension.. awek cantek lalu lalang(jaga pandangan tu).. quiz n exam setiap minggu... mmg sibuk dngan urusan dunia...
Tp mcm mne nk jd x pelupa? dgn mengingatkan kembali otak dan akal kita ini terhadap Allah... selalulah dgr ceramah.. pegi masjid.. bace al quran.. bce bismillah atas setiap bnde yg nk buat... brulah syok... bkn ssh... kate nk syurga kan... klo bnde2 kecik cmni pown ssh cmne nk dpt redha Allah.. ni blom msuk bnde2 yg bsr mcm puasa, baitul muslim n laen2...

Cukup setekat ni kowt... wlau x bnyk pengisian(sbb dlm otak mmg xde isi).. namun ini je la manfaat yg bleh aq kasi kt pembaca.. klo nk jd manusia biarlah yg bermanfaat kt org laen.. ni yg aq try bwat..... so, klo boring bleh bg mkn ikan kt bwh blog ni... yg merah tu nmenye guppy, yg hijau kaka, yang kuning bersih... keke..

Assalamualaikum..... semoga kita dpt Syurga bersama ek...